Home / Reviews
Reviews & Testimonials
Words from the families, mosques and organisations we have been honoured to serve. Thank you for trusting us.
★★★★★
Kami, keluarga kepada ibu dan isteri tersayang arwah Hajjah Hanifah Binte Ahmad, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Jenazah As-Salam - terutama sekali kepada Ustaz Nash, atas perkhidmatan yang sangat teratur dan cekap, serta layanan yang sangat profesional.
Pihak As-Salam telah memberi penerangan yang jelas dalam setiap process dan urusan dan sentiasa bersedia membantu dari awal hingga ke akhir. Walaupun ia terjatuh pada hari tahun baru, Ustaz Nash amat teliti dan responsif atas segala pertanyaan kami. Ustaz Nash sentiasa memberi kami updates dan mengekalkan komunikasi yang sangat baik kepada ahli-ahli keluarga via WhatsApp group.
Semoga segala jasa baik dan usaha murni ini dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Kami amat puas hati dan tidak teragak-agak untuk mengesyorkan perkhidmatan Pengurusan Jenazah As-Salam kepada sesiapa yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi atas sokongan, kesabaran dan layanan yang amat bermakna buat kami sekeluarga.
★★★★★
Saya merupakan menantu kepada arwah Haji Hamzah bin Suradi, yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 December 2025.
Sepanjang urusan bersama Pengurusan Jenazah As-Salam, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ustaz Haziq yang mengendalikan pengurusan jenazah masih muda tetapi berpengalaman, sangat berhemah serta jelas dalam menyampaikan maklumat.
Keseluruhan urusan diatur dengan baik, teratur, menepati masa dan sangat membantu pihak keluarga. Proses pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan memudahkan kami dalam saat yang sukar.
Terima kasih atas khidmat yang profesional serta penuh ihsan.
★★★★★
Saya merupakan waris kepada arwah Hajjah Jariah Binte Awal, yang telah meninggal dunia pada 19 Disember pada jam 1.00 pagi. Kami mendapat maklumat mengenai perkhidmatan Pengurusan Jenazah As-Salam melalui jiran saya.
Adik saya, Hashim bin Haji Yusof, telah menghubungi Ustaz Haziq. Alhamdulillah, Ustaz Haziq telah menjawab panggilan kami dengan segera dan seterusnya menguruskan urusan pengkebumian ibu kami dengan cekap dan penuh dedikasi.
Walaupun usia beliau masih muda, Ustaz Haziq jelas berpengalaman dan profesional dalam melaksanakan amanah tersebut. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah yang telah menguruskan proses memandikan arwah ibu saya dengan penuh tertib dan kesabaran. Beliau juga sangat peramah serta tidak lokek berkongsi ilmu sepanjang urusan tersebut.
Secara keseluruhan, kami sekeluarga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pengurusan Jenazah As-Salam. Sekian, terima kasih.
Dengan penuh rasa syukur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat pengurusan jenazah yang telah diberikan kepada keluarga kami pada 6 Disember 2025.
Walaupun As-Salam merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan kami adalah pelanggan pertama, tahap profesionalisme, keteraturan, serta kepekaan yang ditunjukkan oleh pihak As-Salam amat mengagumkan. Setiap proses pengurusan jenazah dilaksanakan dengan penuh teliti, jelas, dan beradab, sehingga keluarga kami dapat melalui saat yang sukar ini dengan lebih tenang dan terurus.
Layanan yang diberikan bukan sahaja memenuhi aspek teknikal pengurusan jenazah, malah sarat dengan rasa hormat, empati, dan keikhlasan terhadap almarhumah adik saya serta ahli keluarga yang ditinggalkan. Ini membuktikan komitmen As-Salam dalam memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan ihsan, walaupun baru memulakan operasi.
Kami mendoakan agar seluruh pasukan As-Salam terus diberkati Allah SWT, dilapangkan urusan, dan diberi kekuatan untuk meneruskan khidmat mulia ini kepada masyarakat.
Saya yakin ramai keluarga di luar sana memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah yang profesional, amanah, dan tulus seperti yang ditawarkan oleh As-Salam. Dengan penuh keyakinan, saya akan mengesyorkan khidmat As-Salam kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
★★★★★
Saya, Ahmad Ali, bagi pihak keluarga, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Jenazah As-Salam atas khidmat pengurusan jenazah untuk arwah ayahanda kami, Haji Mohamed Yusope bin Haji Wanjor.
Layanan yang diberikan sejak awal panggilan sehingga selesai pengebumian sangat teratur, penuh hormat dan kami berasa tenang.
Sepanjang proses memandikan, mengkafankan dan menguruskan solat jenazah, setiap perkara dijalankan dengan penuh tertib, hormat dan profesionalisme.
Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dan mendoakan agar seluruh warga Pengurusan Jenazah As-Salam sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT.
Need help now?
Our team is available 24 hours a day. Call or WhatsApp and we will guide you step by step.